Tuesday, June 8, 2010

Dewan Kegemilangan Buduz & Frenz

Keinginan untuk menyertai trip memancing rupanya tidak mendapat galakan dari bendahari (beg duit la). Kos sara hidup yang semakin meningkat dan komitmen lain yang perlu ditanggung membuatkan hati terpaksa memilih yang mana lebih penting.

Satu alternatif telah diperolehi bagaimana untuk mencari 'sponsor' untuk trip memancing. Tangan mula mencuba mengetik keyboard untuk mengarang artikel setiap kali balik dari trip mancing. Agak sukar juga pada mulanya kerana agak kurang mahir dengan istilah-istilah mancing. Berpuluh-puluh majalah pancing dirujuk untuk memahami selok belok penceritaan dan istilah yang digunakan.

Akhirnya artikel yang pertama yang diberi tajuk "Dungun - The Underground" telah berjaya disiapkan. Majalah Pancing dipilih untuk mencuba nasib. Terima kasih kepada Ketua Editor Pancing Encik Faiz Karim yang sudi membalas email saya berkenaan format karangan yang dikehendaki. Akhirnya setelah hampir 6-7 bulan menanti, dalam Majalah Pancing Isu Ke 129 bulan Julai 2008, tersiarlah artikel sulung saya. Walaupun bayaran yang diperolehi hasil dari penulisan artikel tersebut tidaklah lumayan, tapi cukuplah dapat menampung sebahagian daripada kos trip memancing.

No comments:

Post a Comment