Assalammualaikum,
Seperti biasa apabila muncul sahaja tahun baru, azam baru pun akan muncul. Sebenarnya malas nak buat azam ni. Azam yang tahun-tahun sebelumnya pun tak terlaksana lagi. Tapi dah jadi kebiasaan untuk buat azam bila tahun baru, nak tak nak, kena buat jugak la. Azam aku untuk tahun 2012 ni ialah ‘lakukan dengan bijak’. Oleh kerana aku ni kaki ngail, maka azam aku nak ‘Fishing Smart’ dan bukannya ‘Fishing Hard’. Harus diingat, ‘Fishing Smart’ ni bukanlah bermaksud kita kena sentiasa berpakaian ‘smart’ bila gi mancing. Bab berpakaian ‘smart’ ni takyah buat azam. Pemancing ni sentiasa ‘smart’ dengan imej memasing yang tersendiri.
Sebenarnya ‘Fishing Smart’ ni ialah di mana kita menggunakan masa kita dengan secara efektif apabila hendak memancing. Secara tak langsung boleh mengurangkan bajet kita gi mancing. Dah nama pun ‘Fishing Smart’. So apa apa yang berkaitan dengan mancing hendaklah dilakukan dengan bijak. Beli apa yang perlu sahaja. Jangan ditiru cara orang berbelanja. Tepuk wallet dulu sebelum berbelanja. Tapi jangan la pulak terlalu kedekut.
Bila sebut pasal kedekut, ramai juga di antara kaki mancing ini yang kedekut. Baik kedekut dari segi nak membeli atau nak bagi pinjam barang atau kedekut dari segi berkongsi ilmu. Niat di hati nak jadi pemancing, tapi bila dicadangkan untuk membeli barang bermacam alasan keluar. Mahal la, aku pakai ko punya dulu la dan banyak lagi. Camner nak jadi pemancing kalau berfikiran camtu. Buat permulaan mungkin rakan tak kisah jika kita nak pakai atau pinjam barang mereka. Tapi sampai bila. Sampai satu masa, rakan anda tadi akan mula nyampah dengan anda. Itu belum masuk cerita pasal rokok (merokok membahayakan kesihatan) lagi. Aku ini lebih kepada trip memancing laut. Trip 2H1M sudah menjadi kebiasaan. Biasanya kalau berada di atas bot, kita akan lebih banyak menghabiskan masa dengan bersembang dengan ahli trip yang lain. Dah bila mulut bercakap, tangan pun kena la goyang. Ada plak kopi ‘O’. Memang ngam la tu. Jadi, takkanlah trip 2H1M bawak 1-2 kotak rokok sahaja. Beli banyak pun takpa, tp jangan ditunjukkan. Tak pasal-pasal kena pow ngan member. Kalau lebih boleh disimpan bila balik ke rumah nanti.
Berbalik kepada tajuk ‘Fishing Smart’ tadi, entah kenapa apabila disebut saja perkataan tu, aku akan teringatkan pasal ‘Quality of Time’. Orang akan bercakap yang mereka pergi memancing bukan untuk mendapatkan ikan, tetapi lebih kepada hendak berkumpul bersama rakan mancing. Kalau sebulan 1-2 kali mungkin tidak menjadi masalah, tetapi kalau sampai 2-3 kali seminggu, itu satu masalah. Di situlah timbulnya isu ‘Quality of Time’. Bagi aku yang bujang ini, mungkin masa aku untuk diri aku sahaja. Tapi bagi yang sudah berumahtangga, fakir-fikirkanlah. ‘Quality of Time’ anda seharusnya lebih di rumah bersama isteri dan anak-anak. Dan bukannya di luar. Selalu kita dengar ada diantara rakan kita yang susah mendapat lesen apabila hendak keluar memancing. Kemungkinan besar masalah ini berkait rapat dengan ‘Quality of Time’ ini.
Kepada semua rakan seperjuangan di luar sana, semoga tahun 2012 akan menjadi tahun yang ‘menjadi’ untuk kita semua. Wassalam…
No comments:
Post a Comment