Saturday, August 14, 2010

Fadhilat Solat Sunat Tarawikh

Pada sepuluh malam pertama, amalan Tarawikh dianggap malam untuk memperolehi rahmat Allah s.w.t. 
Malam 1
telah terkeluar orang mukmin daripada dosanya seolah - olah ia baru dilahirkan dari kandungan ibu 
Malam 2
diampunkan dosa orang yang menyempurnakan solat tarawikh serta kedua ibubapanya, jika keduanya itu orang yang beriman 
Malam 3
akan berseru malaikat dari bawah Arash agar hamba Allah ini akan terus mendirikan Tarawikh dan mendoakan semoga Allah mengamouni dosanya yang telah lalu 
Malam 4
mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang membaca kitab - kitab Allah 
Malam 5
dianugerahi Allah akan pahala kepada hambanya seumpama orang yang mendirikan solat di Masjidil Haram, Masjidun Nabawi dan Masjid Aqsa 
Malam 6
ganjaran pahala sama seperti 70 ribu Malaikat yang tawaf di Baitul Makmur serta mendapat doa daripada setiap batu - batu dan tanah - tanah supaya mengampunkan dosa orang yang mengerjakan solat sunat ini 
Malam 7
soalah - olah bertemu dengan Nabi Allah Musa a.s dan membantunya berperang melawan Firaun dan Hamman dan menterinya 
Malam 8
Allah s.w.t memberi ganjaran pahala seperti yang dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim a.s 
Malam 9
seolah - olah menyembah Allah seperti Nabi - Nabi a.s (mutu ibadat hambaNya dipertingkatkan seolah - olah seperti ibadat para Nabi) 
Malam 10
Allah memberi rezeki kepadanya kebaikan 

Pada sepuluh malam kedua, amalan Tarawikh dianggap Pengampunan dosa dari Allah s.w.t
Malam 11
akan keluar dia dari dunia (mati) dalam keadaan bersih daripada dosa seperti ia baru lahir dari perut ibunya 
Malam 12
datang ia pada hari Qiamat bercahaya dengan ibadatnya diibaratkan seperti bulan purnama 
Malam 13
pada hari Qiamat ia datang dengan aman sentosa, bebas daripada kejahatan dan keburukan 
Malam 14
solat Tarawikhnya disaksikan oleh Malaikat, dan Allah tidak menyesatkannya pada hari Qiamat 
Malam 15
dipohonkan tambahan kebaikan ke atasnya oleh para Malaikat serta pembawa Arash dan Kursi 
Malam 16
Allah mencatatkan dia bebas serta selamat daripada neraka dan bebas masuk ke syurga 
Malam 17
pahala akan diberikan kepadanya sebanyak pahala para Nabi 
Malam 18
Malaikat mengundangnya "Hai hamba Allah, sesungguhnya Allah telah redha kepadamu dan kepada kedua orang tuamu 
Malam 19
Allah mengangkat darjat orang ini di syurga Firdaus 
Malam 20
pahala sebanyak para Syuhada dan Solehin diberikan kepadanya 

Pada sepuluh malam akhir, amalan Tarawikh dianggap Pembebasan daripada api neraka
Malam 21
Allah membina sebuah rumah daripada cahaya di syurga 
Malam 22
pada hari Qiamat dia akan datang dengan aman tanpa rasa susah dan duka 
Malam 23
Allah membangunkan sebuah kota baginya di syurga 
Malam 24
akan dikabulkan 24 doanya 
Malam 25
siksa kubur baginya akan dihapuskan oleh Allah s.w.t 
Malam 26
Allah meningkatkan baginya pahala selama 40 tahun 
Malam 27
pada hari Qiamat dia akan menyeberangi titian Siratul Mustaqim dengan mudah dan cepat laksana petir menyambar 
Malam 28
Allah mengangkat seribu darjat baginya di dalam syurga 
Malam 29
Allah memberi kepadanya pahala seribu ibadat Haji yang diterima 
Malam 30
Allah berfirman kepadanya : "Makanlah buah - buahan syurga mandilah dari air Salsabil dan minumlah dari telaga Kautsar, Aku adalah Tuhanmu dan engkau adalah hambaKu"

Lesen Kasting

Ramadhan datang lagi. Aktiviti mancing terpaksa dihadkan. Bukannya apa, takut terkantoi puasa. Jadi masa yang terluang digunakan untuk menulis artikel dan mengemaskinikan blog ini.


Sudah berpuluh kali rakan mengajak ke Bagan Dato' untuk mengilat haruan. Tidak pernah saya endahkan. Pergi sejauh itu hanya untuk mengilat haruan. Buang masa saja. Lagipun masa kecil saya di kampung dulu banyak saya habiskan dengan memancing haruan. Mungkin kerana itulah saya agak kurang berminat untuk memancing ikan haruan ini. Pernah saya terfikir kenapa mereka suka sangat ke Bagan Dato' untuk mengilat haruan. Sudah pupuskah populasi haruan di sekitar Selangor atau Kuala Lumpur ini. Atau rasa ikan haruan di Bagan Dato' lebih sedap berbanding rasa haruan di Selangor atau Kuala lumpur ini. Hanya mereka sahaja yang boleh memberi jawapannya.

Kalau dahulu ketika remaja saya mengilat haruan ini dengan menggunakan umpan original iaitu katak. Sekarang ini ianya dianggap sedikit kejam. Mereka lebih gemar menggunakan umpan tiruan seperti gewang, janggut atau soft plastic. Pernah sekali saya mengikut mereka ke Bagan Dato'. Di sana banyak terdapat parit-parit di tepi jalan besar maupun jalan kampung. Di situlah lokasi yang mereka tujui. Agak terkejut saya kerana tidak terlintas di fikiran saya bahawa parit yang kelihatan biasa saja ini didiamini oleh haruan. Percaya atau tidak, terpaksalah percaya apabila seekor demi seekor dinaikkan.Akhirnya, berjaya juga saya mendapatkan lesen mengilat haruan ini dengan menggunakan umpan tiruan.

Saturday, July 10, 2010

Casting Battle Series III

Casting Battle Series (CBS) yang sudah masuk siri ketiga telah diadakan di tasik Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) pada 4 Julai 2010 yang lepas. Ini adalah kali kedua Team Triple A yang dianggotai oleh Cikgu Abu, Tom dan saya sendiri menyertai CBS ini setelah CBS II yang telah diadakan di Tasik Cyberjaya. CBS yang dianjurkan oleh Geng Kaki Casting (dari MFN) dengan kerjasama PeMM. Turut memberi sokongan dan sponsor kepada CBS ini adalah seperti Majalah Sirip, Kembara Kail, Purefishing Malaysia, Ocean Tackle dan Worldwide Angler.

Hampir 60 pasukan yang mendaftar untuk CBS II ini. Sasaran di tasik KUIS ini sudah pastilah toman kerana terdengar desas-desus yang mengatakan toman di tasik ini bersaiz monster. Untuk siri kali ini hanya 2 ekor toman dan 2 ekor talapia sahaja yang berjaya dinaikkan. Semoga CBS IV nanti akan lebih meriah dengan penyertaan lebih ramai pasukan.

Tuesday, June 8, 2010

Dewan Kegemilangan Buduz & Frenz

Keinginan untuk menyertai trip memancing rupanya tidak mendapat galakan dari bendahari (beg duit la). Kos sara hidup yang semakin meningkat dan komitmen lain yang perlu ditanggung membuatkan hati terpaksa memilih yang mana lebih penting.

Satu alternatif telah diperolehi bagaimana untuk mencari 'sponsor' untuk trip memancing. Tangan mula mencuba mengetik keyboard untuk mengarang artikel setiap kali balik dari trip mancing. Agak sukar juga pada mulanya kerana agak kurang mahir dengan istilah-istilah mancing. Berpuluh-puluh majalah pancing dirujuk untuk memahami selok belok penceritaan dan istilah yang digunakan.

Akhirnya artikel yang pertama yang diberi tajuk "Dungun - The Underground" telah berjaya disiapkan. Majalah Pancing dipilih untuk mencuba nasib. Terima kasih kepada Ketua Editor Pancing Encik Faiz Karim yang sudi membalas email saya berkenaan format karangan yang dikehendaki. Akhirnya setelah hampir 6-7 bulan menanti, dalam Majalah Pancing Isu Ke 129 bulan Julai 2008, tersiarlah artikel sulung saya. Walaupun bayaran yang diperolehi hasil dari penulisan artikel tersebut tidaklah lumayan, tapi cukuplah dapat menampung sebahagian daripada kos trip memancing.